Monday 14 January 2013

Kisah Hidupku Pada Zaman Persekolahan

Assalamualaikum,
 hari nie aq just nak cakap tentang kisah masa zaman persekolahan sebab aku sekarang dah 18 tahun / lepasan SPMlah kiranya.. sedih rasanya sebab dah habis sekolah.. aku ni walau nampak macam matang ceh... sbnarnya tak pun.. actually aku masih tak mau keluar dari sekolah, sedih giler taw tak! rindu kat kawan2... kat cikgu.. suasana kat sekolah, pokoknya semualah! Rasa baru macam semalam ja aku baru masuk form 1 kat sekolah SMK Syed Alwi tut..tut... dah habis SPM kejap je rasa... btollah kan skrg nie masa cepat berlalu.. Sayang sangat aku kat sekolah tu. Biarlah apa orang nak kata kat sekolah aku tu actually apa yang org lain cakap tu tak btol.. cikgu aku cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. actually bagi aku sekolah aku yang terbaiklah.. yg jahat2 tu sikit ja.. ala macam sekolah lain takda masalah disiplin.. . Banyak taw kenangan aku kat sana.. especially masa form 4 and 5.. masa tulah aku aktif skit dalam pertandingan atau acara kat sekolah contohnya buat persembahan koir sekolah, main gendang utk MSSM dan jgak catur peringkat negeri Perlis. Wah.. ada nada menunjuk-nunjukkan haha! Semua acara yang aku masuk smuanya banyak beri aku pengalaman dan dapat menambah keyakinan dlm diri aku. Ha.. dan tak ketinggalan tahun 2010 pun merupakan tahun yang paling manis buat aku sebab berjaya obtain 6A 3B dalam PMR.. walaupun bukan straight A.. Tapi aku cukup bersyukur sebab dapat buat mak ayah happy!  actually masa dapat result PMR tuh, aku tak jangka sama sekali sebab sebenarnya aku rasa aku tak banyak memperuntukkan masa yang banyak untuk belajar pun, mungkin nie smua berkat study last minute kot kan. Alhamdulillah! utk tahun 2013 nie aku harap sangat boleh obtain result with flying colours.. Amin!


Noor Khadijah
Eem.. aku nak cita bab kawan2 aku yang amat aku sayangi dunia akhirat.. wah!! ha3.. okey aku nak start dengan kawan aku masa sekolah rendah..eem..masa sekolah aku ada 2 orang kawan baik namanya Nursyifa' Azman dan Amira Diyana tapi sekarang dah lose contact sebab masing2 ke sekolah lain2. Syifa' di di sekolah SMK Agama Perempuan. Actually masa form 4 aku tukar ke sekolah tu, so dapatlah jumpa dengan dia balik dan beberapa kawan lama yang lain.. tapi nak buat macam mna jodoh aku tak lama dengan sekolah tu..4 hari je kat sna huhu.. aku tukar balik ke sekolah lama, gara2 rindu sgt kat SMKSA! :) kawan aku Amira Diyana pulak dekat SMK Agama Arau so tak boleh jumpa :'( apa2 pun aku bersyukur sebab ke sekolah Syed Alwi sebab mungkin dah takdir..dan boleh aku jumpa dengan kawan2 baik aku yang amat aku sayangi! Di sekolah SMK Syed Alwi aku masuk kelas aliran agama iaitu kelas Yakin. Masa form 1 aku terjumpa sorang hamba Allah ni namanya Amira Farhana bt Mohd Roslan, comel orangnya, putih melepak! :) taw tak, kitorang jumpa dekat depan sekolah masa tggu parents datang ambik lepas habis sekolah, lepas beberapa hari baru kiteorang sedar yang kmi sbnarnya satu kelas! eh apedah! ha3 and next namanya, Noor Khadijah bt Mohd. Noordin..orangnya comel, dan lemah lembut (actually aku tgh ber'sms" dgn dia la skrg). Dia nie merupakan kawan yang aku kenali sejak darjah 4 sebab kami satu sekolah masa sekolah rendah (SRK Jalan Raja Syed Alwi). Dari form 1 sampailah form 3, aku,khaty and mira memang kamcing, kemana-mana pun bersama-sama, cerita ttg crush pun sama2 hehe.., sampaikan ada sorang cikgu nie cakap kami bertiga kembar siam.. bangganya dapat gelaran macam tu..!


Nor Fadzilah
Syahirah Najihah
Masa form 4 pulak 2 orang kawan baik aku nie tukar kelas sebab diaorang ambik course sains sosial so mreka tukar ke kelas 4 Bestari aku pulak kekal di kelas 4Yakin kerana aku minat bidang agama (Pendidikan Syariah Islamiah, Pend. Al-Quran dan As-Sunnah, dan jugak Bahasa Arab) cuma Akaun saja aku tak minat. Disebabkan mereka berdua tukar kelas kami tak keluar bersama dah masa rehat tapi masih rapat lagi...:) Hmm.. masa aku form 4 aku rapat dengan sorang hamba Allah ni.. nama dia Nor Fadzilah bt Rosli, dia ni seorang yang Intelligent, lemah lembut dan jugak kuat pegangan agama. Sebenarnya dari menengah rendah lagi kami dah berkawan baik cuma masa form4 lebih rapat.. kadang ada jugak berbalah sebab masing2 kalau bercerita selalu nak menang ja.. tapi selalunya aku yang menang.. hi3 . Ilah nie lain sikit kalau bercakap dengan dia mesti tentang akademik tapi taklah 24 jam cakap tentang akademik kadang2 bergosip gak.. he3..tapi betul kalau chit chat dengan dia mesti tentang topik keislaman. Selalunya dia yang ajak aku study, bukan selalulah setiap hari! Eem.. kawan aku seterusnya pulak Nur Syahirah Najihah bt Hakimy, orangnya comel, sporting, and good listener. Best kalau bersembang dengan dia sebenarnya.. apatah lagi kalau tentang alam maya.. kadang2 kami ni suka sembang merepek.. kalau dia ada masalah dia cita kat aku kalau aku ada maslah pulak aku cita kat dia.. macam tulah saling bertukar-tukar! ha.. lagi satu kami dua ni suka sangat lagu.. sampai kadang2 kalau waktu dalam kelas kalau takda cikgu siap dengar lagu lagi.. ha3 kantoi! dia nie beliebers! huhu aku tak .. hi3..

Banyaklah pulak aku tulis... actually banyak lagi kawan aku yang tak sebut..Nurul Raihana, Nabila Shuhada, Rohimah, Solehah, Saidatul Shafinie, Baiti Amira, Huda, Amira Adilla, Nasuha, Anith, Rezza, Khairul Akmal, Nor Fitrah, smualah.. dalam kelas Y. Sayang semua. Harap boleh jumpa lagi in the future.

Gambar2 kenangan:



Nurul raihana

Khaty, Mira
Soleha, Syahirah, Saidatul
ilah, mira, aku and khaty


K then, bye!


Salam Sayang,
NS