Thursday 15 August 2013

Novel Tarbiah: Tuhan Lebih Saintifik

Assalamualaikum...
Entry kali ni nak share pasal satu novel ni, tajuknya Tuhan Lebih Saintifik karya Dr Farhan Hadi dan kata penghantar oleh Fatimah Syarha. Aku percaya yang ramai yang mengenali Fatimah Syarha, penulis muda yang makin meningkat naik.. actually Fatimah Syarha merupakan ex student UIA.

Okeylah, aku just nak share yang buku ni sangat best sebab bukan calang-calang orang boleh buat buku macam ni. Hanya orang yang berilmu tinggi je yang mampu mengarang buku bertemakan fakta agama dan jugak sains. Aku sarankan agar semua belilah buku ni sebagai bekalan untuk memantapkan lagi Iman di dada.


Aku beli buku ni di Coop Mart CFS IIUM dengan harga yang berpatutan iaitu RM 16 sahaja. Apa yang best pasal buku nie, kita boleh belajar macam mana nak berdebat dengan bukan Islam tentang kebenaran Islam. Contohnya saintis membuat kajian yang bumi dan planet-planet terjadi akibat letusan yang besar atau lebih dikenali sebagai Big Bang, di dalam novel ini tidak mengatakan yang teori ini salah malah saintis2 di dunia menerima baik teori tersebut. Allah terlebih dahulu menyatakan di dalam Al-Quran

"Dan apakah orang kafir tidak mengetahui 
bahawa langit dan bumi keduanya adalah suatu yang padu?
Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari
 air kami jadikan sesuatu yang hidup. 
Maka mengapakah mereka tidak mahu beriman? 

Dalil ini menunjukkan yang sains tidak bercanggah dengan Al-Quran. Malah terbukti yang Islam adalah agama yang benar.Berdasarkan dalil AQ dia atas terbuktilah Allah yang menjadikan kita semua. Allah maha kuasa menjadikan setiap sesuatu dan Maha mengetahui.

Hmm... macam mana bestkan? so belilah hehe...
Assalamualaikum.... till meet on the next post ya!

Friday 2 August 2013

Balik kampung.... ooo... balik kampung!


Assalamualaikum...
guess what? I'm home. Perlis :') aku balik cuti seminggu .. cuti raya! tapi terbalik puasa sampai lima hari kat Perlis tapi raya keempat dah kena balik PJ ... patutnya bagi la cuti lama-lama sikit kan? apa-apa pun bersyukur sangat sebab dapat balik perlis, rindu mak, ayah, adik-adik. Entry kali ni aku nak mengucapkan selamat menyempurnakan Ramadhan Al-Mubarak dan jugak Selamat hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan amin. Actually aku balik dengan bas chartered UIA, masa on the way balik kampung bas tu memang meriah dengan lagu raya... aku pun nyanyi dalam hati, malu kot kalau nyanyi kuat-kuat. 

Seminggu sebelum aku balik raya, aku spend night kat umah maksu dekat subang. 3 hari aku kat sana memang 3 hari paksu bawak kami pergi shopping. Ye la dah nak dekat raya, tapi aku tak beli la sebab nak save duit aku just beli novel hehe. Masa tengah tolong Izzah (sepupu) pilih kasut raya, tiba-tiba aku rasa sedih sebab selalunya waktu-waktu macam ni aku and family akan shopping kat Alor Setar tapi tahun ni aku pergi dengan maksu's family. Lepas tu terus aku call mak, aku kata kat mak yang aku tak rasa mood raya, mak kata kat aku nanti aku balik kita pergi shopping la... ye.. tak sabar! apa-apa pun sekarang aku dah kat rumah. Home Sweet Home. I'm Perlisean okey.. Perlis tetap the best!



Alang-alang dah balik rumah ni, aku akan manfaatkan masa secukupnya. Aku nak tolong mak dan ayah kemas rumah, buat kek, rindunya semua! Mood balik kampung beb! Masa dalam bas, memang rasa tak sabar nak sampai rumah. Aku nak minta ampun dan maaf dekat semua orang di bulan yang mulia ni. 
Assalamualaikum, till meet on the next post ya!



Sincerely, NS






Saturday 13 July 2013

Sambut Ramadhan di CFS IIUM

Assalamualaikum and good Morning :)

lamanya tak post... dah sebulan aku duduk kat CFS IIUM nie, kat sini susah nak connect wifi. Ini pun guna kawan punya broadband. Oh, Selamat Berpuasa! to all Muslim. Rindu mak, ayah, adik-adik.. sedih tak dapat berpuasa dengan mereka. Alhamdulillah dapat kita berpuasa pada tahun ni. 

Sekarang 8.15 minit pagi, actually entry kali ni saja je tulis sebab tak bleh tidur.. tak dak sapa nak layan.. bosan. Rommate aku Shira tido, 2 orang lagi  balik.. memang bobobosan... ada kerja actually, assigment utk FIM ( Basic Themes of Al-Quran) tapi malas lagi nak buat, awal-awal pagi macam ni... haishh... Mak nak balik. Dah berapa kali rommate aku cakap, yang aku asyik mamai je 2,3 hari nie, cakap dalam tidur pastu jerit Mak, mahu tak terkejut rommates aku malam-malam buta dengar orang jerit. Parahkan.... mungkin aku rindu sangat kot kat family aku...

Kehidupan aku kat CFS IIUM nie takda bosan teruk just bila weekend macam nie bosan la. Ajak kawan ke Mid Valley tapi dia tak sihat pulak, hehe bukan apa kempunan KFC untuk berbuka. Mengada-ngada la perut aku ni sejak duduk kat CFS ni... Ya Allah kan best kalau dapat berpuasa dengan family... best sangat. Kalau kat umah mak atau ayah la yang tolong kejutkan aku... even dah bangun mata aku still tak boleh bukak, degil sangat mata ni... tapi mak and ayah dah faham sangat perangai aku yang satu tu.. kat CFS nie hehe kawan-kawan juga la yang kejutkan. Hmm kat rumah 
kadang-kadang tolong mak masak, memang power arr kalau mak masak... Makaroni goreng, nyam..nyam.. eh puasa-puasa.. Astaghfirullah...and kadang-kadang ikut ayah gi pasar Ramadhan.. tak tipu makanan kat Perlis semua sedap-sedap. Kat CFS nie pulak aku dengan kawan-kawan kadang pergi bazar, tapi.. pernah sekali kami pergi sana dah habis makanan,, macam nak nangis je masa tu nasib baik makanan kat kafetaria ada lagi. Apa-apa pun best juga la sambut Ramadhan kat sini. Hmmm............... nak balik Perlis.

Oh, aku nak minta maaf kat semua orang sempena bulan yang mulia ni :') especially to my mom and dad :'(.....
 


Salam,
NS






Tuesday 4 June 2013

Persediaan ke IIUM.

Assalamualaikum...
Firdaus and Naim
entry kali ni tentang persediaan aku nak ke UIA atau IIUM,, whatever it is.. arrggg actually tak ready lagi nak ke sana., betul2 tak ready.. macam mana ni? hope kat sana boleh la sesuaikan diri. Ya Allah.
Hmmm... lagi 1 hari lagi nak ke KL, mak kata nak spent nights kat umah paksu dgn umah Abang sepupu, yang adik aku memang tak sabau ( sabar) nak ke KL, dia tak tau apa, yang nak ke sana tu sebab nak hantar kakak kesayangan dia ni... untuk bertahun-tahun lamanya.. Cehh macam tak balik langsung. Hehe actually aku akan balik 2 bulan sekali.. bukan sebab aku mengada-ngada.. tapi sebab nak renew braces aku ni la...
kalau bukan sebab braces maybe lagi jarang aku balik sebab tak nak menyusahkan mak and ayah aku, yelah bukan murah kos nak ulang-alik.

Ayah
Quite disappointed la.. sebab tak boleh jumpa kawan, atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, sekarang busy medical check up la... Hmmm.. So fa, aku dah pack baju dalam beg, beg yang sooosooo big.. (habis la camna nak bawa nanti?) nasib baik ada roda kalau tak memang tak capai kudrat den nak bawa..haha timba2 pun bawa sekali. Aku memang macam awkward la sebab tak pernah merasai pengalaman tinggal kat asrama. Actually perasaan aku bercampur-aduk sedih, gembira.. semua mix up. Hmm.. apa2 pun Life Must Go On... Allah, please take care of my Iman. That's all I need. Macam takda modal nak tulis... haha..
nanti mesti aku rindu mak, ayah, adik-adik, sepupu, mak sedara, kucing aku Bobby... haaaaaaaa...... alahai (eh, tak baik mengeluh) Allah, please tak care of me. Allah( Iman fitrah manusia).

Bobby Wasabi
Selalunya sebelum tidur, mak selalu baca doa and kemudian tiup kat dahi aku.. nanti kalau kat UIA macam mana? hmm melalui handphone maybe? boleh2 haha... mak selalu peluk aku... ayah selalu bagi ceramah agama kat aku haha.. nanti takda adik nak gaduh-gaduh manja,, :'(Mak sedara aku, kucing aku yang gebu tu.. BFF aku, Mira, Ilah, Scha, Khaty, Ana... sepupu sepapat semua la... 





salam.

Monday 22 April 2013

KAWAN-KAWAN I Miss You...

Assalamualaikum...
entry kali ni nak luahkan perasaan lak hehe...
nampak tak title entry kat atas? like seriously..I miss all of my friends..
tak kira kawan sekolah rendah ke sekolah menengah
kawan2 sekolah rendah lagilah dah la takda gambar, al-maklumlah masa tu guna Nokia 3310..haha
naik sekolah menengah nie boleh la bergambor ye idak? al makmumlah guna handset Samsung
haha... (gelak sorang2)
dear kawan-kawan aku yang sekolah rendah... Amira Diyana, Fara Fatiha, Aufa Adlia, Nursyifa' Azman... I miss You Damn Much. hope to see you again :'(

Entry kali nie aku besertakan gambar-gambar aku bersama kawan2 kat sekolah menengah ( SMK Syed Alwi)... gambar2 senget kami sekawan... haha..  kenangan manis kat sekolah, Hotel Brasmana and banyak lagi. Dear My Friends Amira Farhana, Noor Khadijah, Nor Fadzilah, Scha Hyerah, Nurul Raihana, Solehah, Nabila Shuhada, Amira Adila, Saidatul Shafinie, Baiti Amira, Huda, NUrul Nasuha, Rohimah, Kerul, Rezza, Muiz..dan semualah.. I just wanna tell you I Miss You..
all of our memory will never die.. k :p

kenangan solat atas padang

comel tak kami 3?? hehe

nabila, khadijah, mimiey: kamilah 3 peri
Mira: aku dah tinggi dari ang yey..
nabila: ceh...
Solehah: wei awat gendang ang bawah sangat?
Aku: huh lantak lah
Aku: Braces aku nampak dak?
Aku: yey kami terbakar panas
Solehah: aku dak hang sorang ja..
Solehah: cute ak?


Saidatul: best gak eekk... game Zombie VS Plants nie
Mira: Aku dah habaq dah tak caya..
Mira Dila: nanti crop gambar aku je tau.. gambar sampah kat belakang tak yah
Scha Hyerah: ok hari nie.. jom kita tulis lirik lagu JB
Ilah: Cikgu, tak minat JB nasyid minat la...
Nabila: Senyum itu sedekah...


Miss SMKSA :(

Ilah: dah tangkap ke belum nie... tak larat la nak pose

Kerul: ang tak bayaq duit kutu lagikan?
nabila & Huda: hang nie tak habis2 duit kutu..
Solehah: ilah senyum la.
Ilah: eh2.. orang nak baca Quran lah..

aku: hampeh budak nie dia tangkap gambar aku masa aku tgh feeling2
Mira: wee..awat ang geletek aku..geli
Khadijah: aku tak geletek pun na... sapa geletek ang antu kot


Mira: Kami cute sangat doh...
aku: macam orang buta ja... haha

MIra: baik hambik gambar cepat, sementara aku tengah rajin nie...

mira: say peace...


Khadijah: saya Justin Bieber Malaysia..hehe..


Mira: Syirah cepat la dah kebas mulut aku senyum..

aku: Ilah cepat ambil gambar.. ustazah nampak nanti
Ilah: huh, budak nie orang nak belajar dia sibuk nak ambik gambar

Ilah: oi.. tak mau ambik headphone ka? haha... 


Ilah: pastikan gambar kami elok ekk...
Solehah: oi.. awat tak tunggu aku sat nak pebaik tudung

mira: awat aku nampak tinggi dari ang?
 me: ???
Ana: adik senyum...
 kilah: control senyum la nie..

aku, atikah. Raihana and Fatin kat SMK Putra
Ju-On: say cheese..
Scha Hyerah: kami bukan pasangan sejenis k...
Solehah: a'a.. haram tu... haha

gambar kenangan masa buat reunion :'(                                  
gambar kenangan 5Y 2012


k, I'm done hear... to all my friends who read this entry please do write a comment... Miss you
Love, NS



Friday 19 April 2013

Hello 2013

Assalamualaikum... Alhamdulillah kita masih bernafas,  semoga kita diberkati Allah selalu, and semoga tahun 2013 akan jadi tahun yang lebih baik berbanding tahun sebelum ni.  Ya allah, ampuni dosaku, semoga aku menjadi muslimah yang lebih baik mulai hari ni, esok dan selamanya, amin...



"She Who Has Nothing, Has Allah, She Who Has Allah, Has Everything"
"Put Your Trust On Allah then you'll get the peaceful"

Malam ni, saja-saja update status, sebab entah la tangan ni gatai nak menaip.. haha nak kongsi sikit pasal sweet memory dalam tahun 2012.. Alhamdulillah my result come out with flying colors.
Alhamdulillah Ya Allah, walaupun  usaha aku 'ciput' ja... tapi maybe sebab berkat doa mak ayah.. yang tulah yang banyak membantu.

guess... haha

 remember this: amalkan selalu (mak selalu pesan)

Al- Fatihah
3 Qul
Ayat Krusi
recite Al-Quran everyday.. sumber hidayah
istighfar pendinding daripada godaan syaitan


Life Must Go On.... yeahh.. bulan lima ni ready nak ke Matrikulasi, Arau........ tak sabarnya. 

*apsal ayat aku macam tunggang terbalik*

actually cuti sementara habis SPM ni sangat membosankan.... like seriously.. membosankan
al-maklumlah.. mak ayah cikgu,, adik2 sekolah tinggallah aku sorang... nasib baik la ada mak lagi satu (mak sedara merangkap mak mengasuh) rumah beliaulah menjadi kelas memasak and kelas aku belajar buat kek..  sedikit sebanyak boleh juga aku tambahkan ilmu ... kan?? Semalam aku tolong mak *gelaran kpd mak sedara aku tu* buat kek pandan and kek batter actually for for her daughter's birthday.. and yang bestnya kami buat guna teknik tradisional ,, pukul telur pakai tangan je kot... urgghhh.. malam tu sampai tak boleh tidur sebab sakit tangan... nasib baik cepat lega. Hari ni pulak buat nasi Kandar and 2 lauk,, ayam masak merah dan juga daging masak hitam.. yum... mak sedara aku masak memang setaraf chef dah kot... serious terer...

kawan baru, nama dia Miau..

some pics :-
Scha Hyerah and adik dia kat denai.. kami jogging maa.. exercise

ilah

Big Bang Sock

Ain, Nurin and Mak :) kat denai,, jogging





okey done.. yang tu ja nak update... hehe.. till meet on the next post.


spread love, NS

Sunday 3 March 2013

Resepi Masakan Tradisi Melayu Yang Mudah

Assalamualaikum readers, semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu. Malam ni tangan rajin pula nak menaip, untuk menghilangkan bosan. Actually malam ni, nak try refresh balik resepi -resepi yang aku dah pelajari daripada Mak dan jugak Mak Teh Midah (mak sedara yang aku panggil mak dari kecil). Daripada buang masa baik aku try refresh balik kan? okey mula2 aku nak refresh masakan yang paling senang dululah... 


AYAM MASAK KICAP
(Kepada readers jgn gelak k..) walaupun mudah tapi kalau kena caranya boleh menjilat jari!




Bahan-bahan dan cara-cara

Goreng ayam terlebih dahulu

Bawang Merah 3 biji
Bawang Putih 1 ulas
Halia ikut suka
= kesemuanya di tumis

masukkan
air asam jawa, secubit atau lebih sikit
kicap secukup rasa, sehingga jadi warna hitam
sos tiram (dalam 2 kali tunggang)
gula setengah sudu besar
garam secubit

masukkan 
ayam yang telah digoreng, jangan terlalu garing


Bawang besar sebiji
cili merah sebiji
= untuk hiasan, masukkan slps ayam

tunggu hingga mendidih, siap dimasak

kepada yang hendak berkuah masukkan air segelas atau yang tidak mahu berkuah cukup bahan2 di atas.
Yang tidak berkuah lebihkan minyak sebagai kuah.


AYAM MASAK MERAH a.k.a AYAM MASAK MADU
(tidak dimasukkan madu, tetapi gula he3 pelikkan, kes gula letak banyak la ni)


Bahan-bahan dan cara-cara:

Goreng ayam terlebih dahulu

Bawang Merah 3 biji
Bawang putih 2 ulas
cili kering dalam 10-13 biji (pastikan buang biji)
belacan secubit untuk bau harum
= diblender bersama

selepas panaskan minyak, masukkan
sedikit bawang merah dan halia
then, masukkan bahan2 yang siap diblend
tambah air dalam 1-2 gelas
gula 4 sudu
garam secubit, secukup rasa...
sedikit sos cili (2 kali tunggang he3)
biar sambal pecah minyak ( bermakna sambal masak dengan sempurna utk mengelakkan cirit-birit atau supaya makanan tahan lama)

masukkan
ayam yang telah siap di goreng
kemudian bawang besar sebiji sebagai hiasan
then siap, oh pastikan naik minyak.

Mesti makcik2 atau kakak2 yang membaca blog ni.. macam nak senyum je kan sebab resepi ni  memang macam ABC je... actually saya ni budak 18 tahun yang tengah tunggu result SPM, kepada kawan2 yang sebaya atau orang bujang boleh la tengok resepi mudah ni , mudah tapi sedap.. 
nak kongsi lagi sebenarnya resepi tapi macam malas nak taip, kemudian2 jelah.. Wassalam :D





Tuesday 5 February 2013

Tiada lagi Harimau Comelku :'(

Assalamualaikum,
dah lama jugak aku tak update blog
hari ni tiba2 rasa rajin pulak tangan ni nak menaip, eemm lagi pun takda benda nak buat
Tiada lagi Harimau Comelku
sementara tunggu adik2 dan mak balik dari sekolah ni boring tersangat terceruk ja kat umah sorang2.. Ya Allah.. actually hari nie nak post tentang kucing kesayanganku nama dia Hari.. kinda weird is it? his name was taken from the word Harimau and we called him Hari. Ini disebabkan bulu dia warna oren keemasan dan jgak terdapat belang2 kat badan dia. Aku jumpa kucing ni masa bulan November 2011 masa tu dia datang umah aku dalam keadaan yang kelaparan dan sangat kurus. Dari dasar lubuk hati aku yang paling dalam aku kesian tengok keadaan dia tapi disebabkan aku fobia dengan kucing (penyakit takut pegang kucing) aku menyerahkan tugasan memberi makan kucing tu kat ahli keluarga aku yang lain. Pada masa tu aku dah jatuh sayang kat kucing tu disebabkan muka dia yang teramat comel, walaupun tak segebu kucing parsi tapi bulunya cantik in fact dah ramai yang memuji. Walaupun masa tu aku dah sayang Hari tapi aku masih takut untuk pegang dia and because of him, aku takut nak keluar umah. Tapi bila dah lama-lama jelous tengok adik-adik aku yang asyik main dengan dia tergerak hati untuk aku cuba pegang dia.

Miss Him ;'(
At first, aku cuba sentuh dia dengan daun kering yang sama besar dengan tapak tangan aku, tapi tak puas. Entah macam mana aku beranikan diri pegang tangan and kaki dan kepala dia. Masa tu perut dia yang lembut tu aku tak berani pegang lagi. Aku imagine yang bila sentuh perut dia yang lembut tu aku takut terpicit pulak, ee,, gerun kalau dibayangkan. Hari seterusnya aku beranikan jugak untuk sapu badan dia.. wah gebunya satu perasaan yang selama ini aku tak pernah lalui.. macam pegang baby pulak. Start hari tu aku dah berani dukung Hari, gesel kat muka dia. It just like so heaven. Selama nie aku sedar ruginya aku sebab tak pernah sentuh mana2 kucing. Setiap hari lepas balik sekolah Hari dah tunggu depan muka pintu, mesti dia lapar. Masa tu, dia tinggal kat luar umah, sebab mak tak kasi dia masuk tapi ada jugak la dia masuk sekali-sekala. Tapi dah lama2 hubungan kami adik-beradik dengan kucing kesayangan kami tu semakin rapat, aku dah anggap dia macam ahli keluarga kami sendiri, memang itu yang dituntut oleh Rasulallah kan. Aku dah mula membenarkan hari tidur kat atas katil aku. Seronok tengok dia selesa tidur, dia cerdik kalau nak tidur mesti ada bantal siap peluk teddy bear lagi. Pernah satu malam tu, dia tidur dalam bilik kami lama jugak la, tapi tak kencing pun taklah pelik jugak dia boleh tidur lama dalam keadaan bilik yang berhawa dingin. 


Masa baru jumpa
Masa aku tengah buat revision beberapa bulan lagi nak SPM, Hari selalu datang kat aku dan akan tidur kat atas buku tulis aku. Aku tak marah, suka lagi ada la :). Tapi satu hari ni aku hairan pasal apa cadar katil aku asyik lekat darah ja kalau kucing aku tu duduk kat situ sampai setiap hari aku kena cuci. Bila aku check tengok2 badan dia luka macam kena gigit atau 'gomoi' dengan kucing lain. Aku pun bagitau la dekat parents, ayah aku cakap biasa kucing jantan suka bergomoi. Kesian aku tengok Hari jadi mangsa kucing liar dan jugak berkurap tu. Yang aku hairan, walaupun dah letak ubat gamat tapi luka Hari tak pun sembuh2 semakin besar lagi ada la.. Hari jgak selalu selsema. Aku and adik2 hairan pasal apa dia jadi macam tu sebab kebiasaan kalau dah letak ubat mesti semakin sembuh ni tak so aku ajak mak and adik gi veterinar dalam bulan berapa eekk.. tak ingat. Masa kami gi sana dah petang, bila turn kami pun masuk kami just nampak pekerja tak nampak la pulak doktor. Sorang pekerja lelaki ni tanya kucing ni pasal apa, aku pun cakap Hari kena gomoi dengan kucing lain, tapi walaupun dah letak ubat tak sembuh2 gak luka tu pekerja lelaki tu pun tanya la ubat apa yang kami pakai aku cakap gamat, tiba-tiba ada pekerja perempuan ni datang dia tengok Hari sekali ja and terus dia cakap kucing aku kena penyakit Sporo. And lebih terrible bila dia cakap kalau kami tak mampu jaga Hari mereka akan mematikan Hari sebab penyakit tu berjangkit dekat haiwan lain. Aku masa tu tengah hold je nak nangis. Kejamnya kalau buat macam tuh, aku tak sanggup jadi pembunuh, kalau dia nak mati pun biarlah dia mati sendiri aku tak akan bunuh dia. Kami sekeluarga dah decide nak rawat dia sampai sembuh.

Tidur macam arnab

Sejak dari dalam kereta sampai la balik umah aku nangis.. kesian kucing aku dah la kena duduk dalam sangkar dia dah tak boleh bebas macam kucing lain in fact siap kena pakai lagi mask dan sarung tangan utk elakkan jangkitan. Dekat Veterinar adik aku Firdaus ada ambil beberapa ubat sapu dan ubat makan. Entah la aku tengok sama ja lukanya tak nampak tanda2 nak sembuh, kucing aku ni pun satu  asyik nak lari je kalau nak letak ubat. Aku ada tanya kat kawan aku, Nabila dia ada no. phone doktor yang dia selalu bawa kucing2 dia so aku pun ambil la untuk memastikan betul tak apa yang pekerja-pekerja tu cakap yang kucing aku ni ada penyakit Sporo. Beberapa bulan kemudian baru kami telefon doktor tu memandangkan kucing aku dah semakin teruk. Satu kaki dia dah berulat sampai aku lemah semangat nak tengok tambah dengan bau yang sangat meloyakan tapi dah jadi tanggung jawab kami merawatnya. Satu petang tu, adik, ayah and sepupu aku gi umah doktor tu untuk rawat Hari. Doktor tu cakap Hari dapat penyakit tu dari fungus yang ada dekat pasir dan fungus2 tu melekat dekat luka2 yang ada di badan Hari. Doktor tu tengok kaki Hari yang berulat tu tapi dia tak kata apa dia just bagi satu ubat minum. Balik dari rumah doktor tu kami pun bagi Hari minum ubat guna picagari dan luka kat badan dia pulak kami sapu dengan ubat yang beli dekat veterinar. Setelah sekian hari, luka Hari nampak semakin kering oh pasal kaki dia yang berulat tu aku cuba cari dalam internet ada yang letak minyak gamat, air gamat aku pun cubalah. Mula2 kami try nak celup kaki dia dalam air garam mau melompat kucing aku sampai lari rumah.

Hari seterusnya, aku try letak air gamat sebab dalam internet cakap mujarab sebab lepas kena ja air gamat tuh, terus ulat2 tu dah takda lega sikit hati aku. Selama ni aku ingat kot Kaki Hari dah nak kena potong. Kaki dia jugak dah kering, seronok aku tengok kaki dia dan luka2 dah kering, dia dah pun boleh jejak kaki yang sakit tu atas lantai. Aku and family mati2 ingat dia nak sembuh, tapi lepas beberapa hari, dia nampak lemah balik, semakin kurus dan tak lalu makan. Akhirnya pada 2 Febuari 2013 Hari menghembuskan nafas terakhir di dalam sangkarnya. Aku betul2 tak sangka sebab pagi tu dia masih kuat jalan siap mengiau minta keluar dari sangkar, aku ingat lagi pagi tu aku buka sangkar untuk bagi dia makan dia macam nak bagitahu sesuatu dia mengiau bukan nak makan sebab aku bagi ikan dia tak makan pun aku pun hairan.Aku tengok muka dia pun dah lain ...tak secomel dulu. Dalam waktu tengah hari aku keluar rumah tengok dia tengah tidur tepi mesin basuh, kencing pun kat situ dia nampak macam nazak aku tak sangka itu merupakan hari terakhir aku dapat jumpa dia. Dah nampak teruk sangat adik aku kurung dia balik dalam sangkar.. petang tu mak aku keluar untuk sidai baju tapi dia nampak Hari dah macam tak bernyawa lagi apa lagi mak pun panggil kami, aku rasa macam tak percaya, rasa bersalah pun ada sebab tak tengok keadaan dia masa nazak tadi. Betul cakap mak Hari dah takda.. Ayah yang tolong korek kubur dia dan masa dia nak kena kambus dengan tanah masa tu la aku dah tak boleh tahan air mata dari menitis. Mulai hari tu.. aku dah tak boleh panggil nama Hari lagi sebab dia dah takda, lepas ni aku dah fobia nak bela kucing lagi. Entah la walaupun ada kucing lain nanti aku tak mungkin lupakan kucing pertama aku :'(

Hari