Sunday 3 March 2013

Resepi Masakan Tradisi Melayu Yang Mudah

Assalamualaikum readers, semoga kita semua dibawah lindungan Allah selalu. Malam ni tangan rajin pula nak menaip, untuk menghilangkan bosan. Actually malam ni, nak try refresh balik resepi -resepi yang aku dah pelajari daripada Mak dan jugak Mak Teh Midah (mak sedara yang aku panggil mak dari kecil). Daripada buang masa baik aku try refresh balik kan? okey mula2 aku nak refresh masakan yang paling senang dululah... 


AYAM MASAK KICAP
(Kepada readers jgn gelak k..) walaupun mudah tapi kalau kena caranya boleh menjilat jari!




Bahan-bahan dan cara-cara

Goreng ayam terlebih dahulu

Bawang Merah 3 biji
Bawang Putih 1 ulas
Halia ikut suka
= kesemuanya di tumis

masukkan
air asam jawa, secubit atau lebih sikit
kicap secukup rasa, sehingga jadi warna hitam
sos tiram (dalam 2 kali tunggang)
gula setengah sudu besar
garam secubit

masukkan 
ayam yang telah digoreng, jangan terlalu garing


Bawang besar sebiji
cili merah sebiji
= untuk hiasan, masukkan slps ayam

tunggu hingga mendidih, siap dimasak

kepada yang hendak berkuah masukkan air segelas atau yang tidak mahu berkuah cukup bahan2 di atas.
Yang tidak berkuah lebihkan minyak sebagai kuah.


AYAM MASAK MERAH a.k.a AYAM MASAK MADU
(tidak dimasukkan madu, tetapi gula he3 pelikkan, kes gula letak banyak la ni)


Bahan-bahan dan cara-cara:

Goreng ayam terlebih dahulu

Bawang Merah 3 biji
Bawang putih 2 ulas
cili kering dalam 10-13 biji (pastikan buang biji)
belacan secubit untuk bau harum
= diblender bersama

selepas panaskan minyak, masukkan
sedikit bawang merah dan halia
then, masukkan bahan2 yang siap diblend
tambah air dalam 1-2 gelas
gula 4 sudu
garam secubit, secukup rasa...
sedikit sos cili (2 kali tunggang he3)
biar sambal pecah minyak ( bermakna sambal masak dengan sempurna utk mengelakkan cirit-birit atau supaya makanan tahan lama)

masukkan
ayam yang telah siap di goreng
kemudian bawang besar sebiji sebagai hiasan
then siap, oh pastikan naik minyak.

Mesti makcik2 atau kakak2 yang membaca blog ni.. macam nak senyum je kan sebab resepi ni  memang macam ABC je... actually saya ni budak 18 tahun yang tengah tunggu result SPM, kepada kawan2 yang sebaya atau orang bujang boleh la tengok resepi mudah ni , mudah tapi sedap.. 
nak kongsi lagi sebenarnya resepi tapi macam malas nak taip, kemudian2 jelah.. Wassalam :D