Monday 23 June 2014

Aurat Perempuan




اسلام عليكم

Hari ni mood nak menaip rajin pulak. Baru je habis kelas so boleh la relax sikit hehe. Aku just nak share pendapat dengan korang pasal hikmah larangan Allah S.W.T. Entah kenapa hari ni aku fikir banyak, macam yang kita tahu apa yang Allah larang mesti ada sebab, untuk kebaikan kita. Betul tak?  

Semalam, aku ada la conversation dengan kawan aku ni, dia cite pasal kawan dia yang lelaki.. Allah rupanya lelaki ni pandangan dia lain berbanding perempuan. Ye lah kitorang perempuan tengok muka je habislah, yang lelaki (bukan semua lelaki) tapi kebanyakan diorang kalau tengok bentuk badan perempuan pun diorang dah bernafsu. Even, percaya atau tak  diorang boleh bayang pelik-pelik walaupun perempuan pakai jubah, jubah yang nampak bentuk badan la kot maybe. Hmm mungkin ni lah hikmah Allah suruh wanita tutup aurat dari hujung kepala hingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. 

Allah lebih Maha Mengetahui berbanding kita manusia. Aku ni pun sama je lah macam remaja yang lain... aku tak pakai tubung labuh just pakai tudung bawal bidang 45. Kadang-kadang setting tudung tutup dada kadang-kadang selepang je. Bagi aku simple kalau buat macam tu tak payah letak pin atau apa. Tapi kita perempuan tak tahu kan mata lelaki. Aku akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit انشاء الله. 

Satu lagi, kadang-kadang kita dah tahu benda tu Allah larang tapi tetap buat. Kenapa ea? Ya Allah. Tahu tak anak perempuan yang pakai pakaian yang tak menutup aurat akan menyebabkan Ayahnya sendiri menanggung dosa dia tak menutup aurat? Allah, aku sayang ayah aku. 



Tutup aurat. Bukan bermakna just sekadar tutup, bahkan tak nampakkan bentuk aurat tu sendiri. Kan sekarang trend pakai tudung, t-shirt, dengan skinny. Aku pun pakai dulu skinny masa sekolah menengah, tapi sejak masuk UIA ni kitorang dilarang keluar pakai seluar apatah lagi ketat. So kitorang sekarang pakai t-shirt and skirt labuh. Bila dah lama-lama pakai kain, nak pakai seluar skinny pun dah rasa janggal dan malu.

Kadang-kadang datang jugak nafsu nak pakai skinny tapi fikir-fikir balik, berdosa plus malu sebab ketatkan? Semoga aku boleh istiqamah dengan perubahan ni Ameen. Even jubah pun boleh buat lelaki bernafsu apatah lagi skinny kan?. 

Pasal stoking pulak. Kita tahu kaki aurat, tapi kenapa kita tak pakai? jom kita praktikkan pakai stoking bila keluar ke mana-mana. Ustazah aku ada bagi tahu, yang lelaki even tengok kaki pun dah bernasu, percaya tak? Tapi bukan semua lelaki, Alhamdulillah ada yang kuat Iman InshaAllah tak. Jom sama-sama tutup aurat dengan sempurna :) 

Eh lupa pulak, pasal pergelangan tangan, aku selalu kalau pakai t-shirt kadang-kadang suka singsing (lipat) tangan baju, bagi aku macam style haha style la sangat. Kawasan tu pun aurat. Banyak suruhan Allah yang masih kita abaikan, Ya Allah ampunkan aku. Aku cukup hormat orang yang pakai tudung labuh, diorang dah korbankan nikmat berfesyen demi megerjakan tuntutan Syariat. 

Berfesyen tak berdosa, just kena ikut syariat dulu baru fikir fesyen. InshaAllah jom lepas ni kita try ubah sikit-sikit. Kesian ayah kita yang kena tanggung dosa kita tak tutup aurat.  Bismillahirrahmanirrahim...


Sunday 22 June 2014

Ujian Allah

Assalamualaikum, thanks sebab drop by kat sini. Dah lama rasanya aku tak update blog, takde idea nak tulis apa. Untuk entry kali ni aku ingat nak share pasal ujian Allah dengan uolls. Macam mana yang kita tahu, Allah bagi ujian ni supaya kita ingat kat Dia. Kebanyakan manusia hanya akan ingat Allah masa susah. Sepatutmya kita tak boleh macam tu, kita mesti ingat Pencipta kita ketika susah mahu pun senang. Alah aku pun sama, masa sakit ke nak exam ke baru sibuk nak buat solat sunat. Because of that, we've to improve ourselves day by day. Ingat Allah masa senang, dan Allah akan ingat kita masa kita susah.



Sejak masuk UIA ni, banyak jugak ujian yang aku kena tempuhi. Warning, ni bukan ujian peperiksaan tu tapi ni ujian yang Allah berikan supaya kita lebih kuat dan tabah. Lagi-lagi masuk semester ni, dah la kena tukar group lain, aku nak kawan-kawan dulu dari group lama. Diorang baik and sporting. Group baru ni tak kenal sorang pun, dah la aku jenis yang susah terima perubahan drastik. Takpe la redha je, ni baru ujian kecil. Dekat luar nuh, banyak lagi orang yang ujian dia lebih berat dari kita. Ada yang kehilangan mak ayah, miskin, tak cukup makan, peperangan dan sebagainya. Konklusinya kita kena banyak bersabar dan bersangka baik dengan Allah. Ingat, Allah takkan membebankan seseorang itu diluar kemampuannya, and one more thing, kita kena ingat yang di dalam kesulitan ada terselit kesenangan. 

Apa? tak percaya ke? betul DI SETIAP KESULITAN ADA TERSELIT KESENANGAN




Contohnya, masa cuti tunggu SPM dulu aku diberi ujian oleh Allah S.W.T sakit yang bagi aku berat. Tapi Alhamdulillah, dengan adanya mak dan ayah yang sentiasa menjaga aku siang dan malam serta sokong aku dari belakang, akhirnya aku sembuh. Alhamdulillah. Masa tu aku rasa macam anak manja pulak. Mak dan ayah selalu pesan, kita senang ke susah kena ingat Allah selalu, kena selalu solat sunat Taubat, Hajat, Tahajud untuk minta pertolongan daripada Allah, kita jugak digalakkan mengamalkan membaca Al-Matsurat bagi makanan rohani. Minta dengan Allah sungguh-sungguh, percaya yang Allah akan memakbulkan. Redha dengan ujian yang Allah berikan, dan bersangka baik kepada-Nya InshaAllah semua akan selesai.

Bercakap pasal mak dan ayah, Ya Allah rindunya diorang. Nak peluk mak ketika sedih, ketika kita rasa macam takde orang lain yang support kita. Mak dan Ayah kekuatanku. Adik-adik. Rindunya. Allah engkau lindungilah diriku, keluargaku, kaum kerabatku, sahabat handaiku dan saudara seislamku, Ameen.





Oh ye, jangan kita asyik fikir kesusahan lupa pada nikmat dan rezeki Allah bagi. Contohnya Nikmat, family, kawan, ilmu... jangan kita ingat nikmat tu hanya duit dan duit. SALAH. Duit pun ujian jugak, Allah nak tengok sama ada kita ingat Dia atau tak masa kita senang. Buat apa kalau senang kat dunia tapi kat akhirat mederitakan? menjadi miskin bukan hanya ujian malah nikmat. Adakah kamu tahu yang orang miskin paling banyak di syurga? yup, that's true.

Kesimpulannya, kita wajib ingat Allah masa susah mahupun senang. Bersangka baik pada-Nya.