Thursday 15 August 2013

Novel Tarbiah: Tuhan Lebih Saintifik

Assalamualaikum...
Entry kali ni nak share pasal satu novel ni, tajuknya Tuhan Lebih Saintifik karya Dr Farhan Hadi dan kata penghantar oleh Fatimah Syarha. Aku percaya yang ramai yang mengenali Fatimah Syarha, penulis muda yang makin meningkat naik.. actually Fatimah Syarha merupakan ex student UIA.

Okeylah, aku just nak share yang buku ni sangat best sebab bukan calang-calang orang boleh buat buku macam ni. Hanya orang yang berilmu tinggi je yang mampu mengarang buku bertemakan fakta agama dan jugak sains. Aku sarankan agar semua belilah buku ni sebagai bekalan untuk memantapkan lagi Iman di dada.


Aku beli buku ni di Coop Mart CFS IIUM dengan harga yang berpatutan iaitu RM 16 sahaja. Apa yang best pasal buku nie, kita boleh belajar macam mana nak berdebat dengan bukan Islam tentang kebenaran Islam. Contohnya saintis membuat kajian yang bumi dan planet-planet terjadi akibat letusan yang besar atau lebih dikenali sebagai Big Bang, di dalam novel ini tidak mengatakan yang teori ini salah malah saintis2 di dunia menerima baik teori tersebut. Allah terlebih dahulu menyatakan di dalam Al-Quran

"Dan apakah orang kafir tidak mengetahui 
bahawa langit dan bumi keduanya adalah suatu yang padu?
Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari
 air kami jadikan sesuatu yang hidup. 
Maka mengapakah mereka tidak mahu beriman? 

Dalil ini menunjukkan yang sains tidak bercanggah dengan Al-Quran. Malah terbukti yang Islam adalah agama yang benar.Berdasarkan dalil AQ dia atas terbuktilah Allah yang menjadikan kita semua. Allah maha kuasa menjadikan setiap sesuatu dan Maha mengetahui.

Hmm... macam mana bestkan? so belilah hehe...
Assalamualaikum.... till meet on the next post ya!

Friday 2 August 2013

Balik kampung.... ooo... balik kampung!


Assalamualaikum...
guess what? I'm home. Perlis :') aku balik cuti seminggu .. cuti raya! tapi terbalik puasa sampai lima hari kat Perlis tapi raya keempat dah kena balik PJ ... patutnya bagi la cuti lama-lama sikit kan? apa-apa pun bersyukur sangat sebab dapat balik perlis, rindu mak, ayah, adik-adik. Entry kali ni aku nak mengucapkan selamat menyempurnakan Ramadhan Al-Mubarak dan jugak Selamat hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan amin. Actually aku balik dengan bas chartered UIA, masa on the way balik kampung bas tu memang meriah dengan lagu raya... aku pun nyanyi dalam hati, malu kot kalau nyanyi kuat-kuat. 

Seminggu sebelum aku balik raya, aku spend night kat umah maksu dekat subang. 3 hari aku kat sana memang 3 hari paksu bawak kami pergi shopping. Ye la dah nak dekat raya, tapi aku tak beli la sebab nak save duit aku just beli novel hehe. Masa tengah tolong Izzah (sepupu) pilih kasut raya, tiba-tiba aku rasa sedih sebab selalunya waktu-waktu macam ni aku and family akan shopping kat Alor Setar tapi tahun ni aku pergi dengan maksu's family. Lepas tu terus aku call mak, aku kata kat mak yang aku tak rasa mood raya, mak kata kat aku nanti aku balik kita pergi shopping la... ye.. tak sabar! apa-apa pun sekarang aku dah kat rumah. Home Sweet Home. I'm Perlisean okey.. Perlis tetap the best!



Alang-alang dah balik rumah ni, aku akan manfaatkan masa secukupnya. Aku nak tolong mak dan ayah kemas rumah, buat kek, rindunya semua! Mood balik kampung beb! Masa dalam bas, memang rasa tak sabar nak sampai rumah. Aku nak minta ampun dan maaf dekat semua orang di bulan yang mulia ni. 
Assalamualaikum, till meet on the next post ya!



Sincerely, NS