Friday 22 August 2014

KAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Macam nilah manusia hina macam aku bila susah je baru nak ingat tuhan. Ampuni aku Allah. 

Aku just nak luahkan perasaan aku. Alhamdulillah aku ada ramai kawan, kawanlah yang buat kita gembira atau sedih. Aku jenis manusia yang cepat sayang orang. Oleh sebab tu aku senang terluka. Kitorang happy yang sangat sampai satu hari hati aku rasa sedih yang teramat. Honestly aku sayang sangat kawan2 aku especially kawan baik aku. Betullah kata orang kita tak boleh happy sangat nanti sedih pulak. Allah, aku lemah.

Tak taulah hati aku yang mengada-ada sensitif lebih atau perkara ni memang normal kalau kita terasa. Kitorang rapat yang gila-gila. Tiba-tiba, kawan aku ni mengadu dekat aku, dia sedih sebab certain hal, pastu aku sedih sangat satu ayat yang keluar dari mulut dia. Dia cakap takpelah dia kejap je kat sini nanti kita dah tak jumpa dah. Masa tu deep gila, Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku dah anggap dia dah macam family aku. Takkan dia sanggup dah taknak jumpa aku? like seriously aku sedih sangat masa tu. Lepas dia cakap macam tu, aku diam je tak bagi respon apa-apa.

Tapi aku cuba control, aku pura-pura senyum aku taknak tambah masalah. Kawan sekiranya kau terbaca post aku ni, jangan marah aku. Aku nak kau tahu yang aku sayang persahabatan kita sangat-sangat. Aku dah anggap kau macam adik. Aku dah taktau nak mengadu kat siapa. Aku akan cuba tahan perasaan aku sebab aku taknak persahabatan kita putus macam tu je, tapi kalau kau betul taknak dah jumpa aku, aku akan hilang. Serious aku akan usaha supaya kau pun sayangkan persahabatan kita. Kenapa nak tinggal aku, kalau kau sayang aku? aku akan usaha supaya persahabatan kita takkan putus. Tujuan aku satu, aku nak kau jadi sahabat dunia akhirat aku bukan kawan kat dunia je.

اسلام عليكم