Friday 21 August 2015

KELUARGA

....السلام عليكم

      Malam ni aku nak cerita pasal keluarga. Nak tau kenapa aku tulis perkataan keluarga dekat tajuk tu dengan huruf besar? sebab bagi aku keluarga merupakan cinta, institusi yang sangat penting bagi aku setelah Allah dan Rasul. 
    
     Perasan tak, most of my post mesti ada sebut pasal ayah, mak, adik-adik. Bagi aku, keluarga adalah segalanya, tempat kita menumpang, mencurah kasih sayang, mereka yang menyokong kita dari belakang, selalu ada masa kita susah dan senang. Family juga yang akan bersama kita selamanya :)

Mak and one year old me.

     Sejak aku dah dewasa, acewahh... perasaan hargai keluarga tu jadi makin kuat, yelah sebab kena duduk jauh dengan keluarga dan ibu bapa kita pun makin tua, adik-adik makin besar. Bukanlah dulu aku tak hargai, cuma dulu, time2 jahiliah, aku selalu tak dengar kata, asyik-asyik nak merajuk, ya Allah menyesalnya kalo diingat balik.

    Mak aku pesan setiap kali lepas solat minta doa semoga jadi anak yang solehah, sebab anak yang solehah bukan saja just jadi anak yang baik, tapi baik dalam segala hal InshaaAllah. Jom kita sama-sama amal doa ni, InshaaAllah Allah makbulkan :')


      Aku kalo ada new story ke atau hot gossip ke haha, mesti cerita dengan family, gelak sama-sama, kenang masa dulu sama-sama, moment tu yang paling best. Ada setengah orang diorang lebih suka cerita dengan bestfriend or bf/gf, kalo aku tak, my family tetap the best listener ever. Mungkin setiap orang lain cara, tapi aku suka dengan cara aku ni, express feeling kita kat family, baru rasa lega.

      Parents selalu bagi nasihat bila ada masalah, kalo salah diorang cakap salah, and I can say that my mom & dad are super duper sporting :), Alhamdulillah atas nikmat ni. Tapi bukanlah semua hal aku cerita, kalo berkaitan hal yang boleh mengaibkan orang lain aku akan cuba simpan sendiri.

Ayah :)

      Masa dekat CFS, even jauh dalam seminggu sekali mesti contact, cerita segala hal even takda hal pun call haha. Aku akan call dua-dua, mak and ayah, jangan pulak asyik call mak, ayah tak call, terasa pulak ayah kita nanti, kena adil. Mungkin ayah kita tak tunjuk tapi siapa tahu. Aku tahu  aku tak layak nak nasihat, tapi selagi boleh nasihat tak salahkan? Kalo aku leka pulak nanti, nasihatlah aku balik.

       Memang kita kadang-kadang akan argue dengan diorang tapi kalo benda tu berlaku aku akan fikir balik pengorbanan yang diorang dah buat pada kita, sangat besar sampai kita pun tak terbalas.

     Mak and ayah yang banyak mengajar aku jadi orang, bukan just orang tapi better person, adik-adik aku pulak, selalu juga gaduh mulut tapi lepas 5 minit mesti balik, air dicincangkan takkan putus. Sedih pulak bila fikir-fikir dah kena ke Gombak :'(.


Ayah, me, mak & kak Adah masa bercuti di Cameron Highland

      Semoga Allah sentiasa lindungi keluarga kita walau dimana mereka berada, dan dipanjangkan umur, aamiin.  Okay till meet on the next post, bye.


Tuesday 18 August 2015

Kisah Cuti Semester

Assalamualaikum,
malam ni tetiba rasa nak menaip, harini 18 haribulan Ogos 2015 means tinggal lagi dua minggu aku kena register masuk degree di Gombak. Perasaan? sedih, sangat sedih sebab kena berpisah dengan family, dah 3 bulan aku bertapa kat rumah menambah berat. Happy tu ada sikit, sebab nak rasa juga macam mana jadi student UIA Gombak. Serious talk tak sedia lagi mental nak ke situ, takut pun ada sebab aku ni nama je student BAR (Arab) tapi kalo nak dibandingkan aku dengan students BAR lain ibarat langit dengan bumi, bumi tu akulah. Paling lemah sekali Sarf, bayangkan masa belajar dengan ustaz dulu aku blur blur je Sarf ni, kalo cakap tak faham langsung tu tipulah kan, tapi Alhamdulillah taklah sampai kena repeat. Cuti ni ada la jugak ulang baca Sarf, nasib baik faham juga kalo idok taktau la. Mak pesan suruh study elok2 untuk degree ni, jangan dok cintan-cintun lagi hahahahaha... :X . Ayah pun selalu pesan kalo nak jadi lecturer kena maintan pointer, 3.00 ke atas, paling cokia kena dapat B untuk any subject. InshaaAllah aku akan cuba buang tabiat buruk aku yang selalu study last minute, yang selalu layan kdrama (elehhh macam uolls tak pernah buat), Tapi aku sedar sepemergian aku disana, kuranglah sikit pening kepala mak, ayah, adik-adik melayan kerenah aku yang selalu angin tak tentu pasal. Boleh tahan tension juga adik2 aku bila aku report kat mak yang depa tak belajar haha.

mak, Naim, aku

K, jom cerita pasal lain pulak. Cuti ni berat aku naik 3 kg!!! gilakan. dah nak dekat 50 dah berat aku T_T. Tension gila bila berat naik, harapnya pi Gombak nanti dapatlah turun berat, sebab kampus aku jauh dari asrama, so harapnya dengan jalan jauh boleh buang lemak2 tak diperlukan nihh. Mananya tak naik berat, aku tak kerja, selain buat kerja rumah kerja aku adalah makan. Kalo dekat CFS dulu bolehlah makan nasi segenggam, hmm balik rumah jangan harap! asyik nak makan >_< . Sebab-sebab berat naik:  mak masak sedap sangat, sebab aku selalu bake cake, sebab malas nak exercise (tapi sekarang dah start balik :P). Hmm tulah kisah cuti aku, taklah buang masa okay, aku buat juga kerja rumah, mengemas, membasuh, memasak (JARANG-JARANG), pendek kata aku kerja sebagai suri rumah, and cuti ni aku dah duduki MUET, macam mana?? so-so 50-50. Rasa lega bukan sebab confident boleh jawab tapi rasa lega sebab dah amek ujian tu.


Firdaus, Nurin, ayah.

(Ingat nak masukkan banyak lagi gambar, tapi phone masuk bengkel so takda banyak gambar :'( )

Nak flashback kejap masa amek MUET, aku exam dekat UITM Arau, tumpang tidur bilik kawan semalam, jangan tanya macam mana aku boleh masuk sana, semestinya, diseludup masuk haha. Thanks Ilah sebab bagi tumpang tidur, love you. Even sehari, dah cukup untuk lepas rindu kat kawan baik aku sorang ni. Paling aku nervous masa speaking test, ntah la macam mana resultnya nanti. Oh ya, cuti ni ada juga jumpa dengan kawan-kawan baik aku yang lain masa sekolah menengah, mira, sha, best gila bila boleh jumpa. Sepanjang cuti ni, aku belajar jangan ikut kepala sendiri, kena fikir orang lain juga, sebab nanti kita juga yang akan menyesal. Mak selalu tegur aku sebab aku ni boleh tahan kuat sentap jugak. Okay, sampai sini je idea aku nak menulis, bye assalamualaikum.

Wednesday 10 June 2015

Resepi Triple Chocolate Truffle Torte

السلام عليكم 

     Baru-baru ni aku ada buat Triple Chocolate Truffle Torte atau dalam bahasa melayunya coklat torte tiga lapis, sempena birthday adik bongsuku, Naim yang ke 12 tahun. Aku pilih untuk buat coklat ni sebab adik aku tu dia tak suka sangat kek tapi dia suka coklat so I choose to make him somethig that looks like cake tapi bukan kek. Resepi Triple Chocolate Truffle Torte ni aku amek dalam youtube je, hehe. Mudah dan simple. Tapi... family aku memang tak suka manis aku je yang terkecuali, adik makan, tapi dia tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak sebab manis katanya, hmm takpalah asal adik makan and still hargai usaha aku. Nama pun percubaan pertamakan, mestilah ada kurang sikit, lain kali kalau nak buat lagi, aku akan kurangkan rasa manis tu, mungkin aku akan gantikan cream manis tu dengan susu.


here the recipe, tapi ni resipi yang dalam youtube tu lah:

untuk base-
* 18-20 biskut oreo, 60g butter


untuk lapisan milk chocolate-
* 200g coklat Cadbury, 100 ml cream, 20g butter

untuk lapisan white chocolate-
* 200g white chocolate, 80ml cream, 15g butter

untuk lapisan plain coklat (topping)
* 200g plain chocolate, 150ml cream, 25g butter.

langkah-langkahnya:

1. Patah-patahkan biskut oreo, tumbuk hingga lumat, then gaul dengan butter yang telah dicairkan. kemudian ratakan dalam bekas, masukkan dalam peti sejuk.

2. Untuk lapisan milk coklat panaskan cream hingga mendidih, tutup api, masukkan coklat Cadbury kacau hingga cair, masukkan butter, kacau lagi, tuang adunan ke atas lapisan oreo and then masukkan ke dalam peti sejuk.

3. Untuk lapisan white chocolate pulak, panaskan cream hingga menididih, tutup api, masukkan white coklat, kacau hingga cair, then masukkan butter, bila butter dah sebati, tuang adunan tersebut ke atas lapisan milk coklat and then masukkan ke dalam peti sejuk semula,

4. Untuk topping, panaskan cream hingga didih, tutup api, masukkan plain chocolate, kacau hingga cair, masukkan butter,  kacau lagi then tuang adunan ke atas white chocolate layer.

5. Biar adunan di dalam peti sejuk semalaman.

Tara.. mudah je kan.. emm memang manis tapi aku suka. Bagi yang tak suka manis tu boleh gantikan cream dengan benda lain, susu maybe.

Hasil air tanganku huhu,



selamat mencuba. Assalamualaikum.

Monday 18 May 2015

Perancangan Cuti Semester, bye CFS IIUM.

بسم الله الرحمن الرحيم

      Assalamualaikum, hai orang yang tengah baca, yes you! haha, hmm thanks sebab sudi baca. Sekarang dah kat rumah :D, cuti sem pulok 3 bulan setengah. Best sebab boleh jumpa family, sedih sebab kena tinggalkan CFS IIUM. Kepada kawan aku yang tengah baca ni, rindunya korang even baru sehari berpisah. Oh, ye ada sorang ni dia cakap dia suka baca blog aku ni, thanks kawan:D. Padahal aku tulis benda merepek je . Back to the topic, cuti ni aku plan macam-macam, antaranya:_

1. Nak tolong family
2. Nak buat kek/biskut
3. Nak kerja
4. Nak buat bisness online
5. Nak buat duit
6. Nak belajar masak
7. Nak mantapkan bahasa Arab
8. Nak amek lesen

     Hehe, banyakkan. aku harap boleh buat semua ni, tak buat semua pun separuh pun jadilah. Adik-adik aku tahun ni semua exam, Firdaus (SPM), Nurin (PT3), Naim (UPSR), so kena la ajar diorang study. Semoga result baik ye adik-adikku :D. Pasal kek and biskut pulak, hmm tu dah jadi hobby aku tak boleh buat apa, haha. cadang nak buat crepe coklat dan biskut ala famous amos. Sedapnya lahai. Kerja pulak, mak ada cadangkan jadi guru KAFA. Aku jadi cikgu KAFA? haha.. sabar je anak murid. Harap dapat la kerja tu, bukan senang nak cari kerja sekarang ni. 

      Next, Bisness online. Aku dah lama teringin nak berbisness ni, lagi2 tengok roommate aku terlibat dalam bisness online, macam best je sambil boleh buat duit. Aku bercita-cita besar sebenarnya, angan-angan nak reka baju sendiri, cari kain, and then design sendiri, hehe. Dah tanya ayah, and alhamdulillah ayah sokong :D. Lepastu letak dekat mana-mana kedai or butik. Ya Allah bestnya kalau jadi kenyataan ^^. 

     Cuti ni juga, aku nak mantapkan bahasa arab aku, lagi-lagi Nahu dan Sarf, sebab kedua ni asas basic bahasa arab. Lagipun memang aku kena la belajar sebab InshaaAllah degree nanti nak sambung ambik arab pure, ntah dapat ntah tak sebab susah :( Lagi satu aku bimbang, sebab aku biasa-biasa je arabnya, mesti student lain yang amek pure arab tu semua kaw-kaw punya bahasa arab :'(. Doakan aku ea? 

     Memasak pulak, sudah menjadi kewajipan untuk orang perempuan belajar, KEWAJIPAN ye kawan-kawan haha, Last aku nak amek lesen, sebab susah kalau nak kerja ke apa ke tanpa lesen. Masalahnya..... aku takut!!!. Ya Allah engkau mudahkanlah ya Allah. Semua doakan ea, semoga impian aku ni jadi kenyataan, semoga cuti aku ni boleh dimanfaatkan sebelum sambung degree bulan 9 ni InshaaaAllah.

 Okay, setakat ini dulu, got to go. bye Assalamualaikum



NS




Friday 1 May 2015

Final Semester in CFS IIUM.

     It's been awhile I didn't update my blog, but who cares. Hahaha.
K kita cakap melayu sudah. Actually dah habis dah minggu busy dengan assignment, that's why I have time update blog nih -_-. Alhamdulillah, I manage to finish all the assignment succesfully (ayat poyo plus perah santan) . Rasa terlepas semua beban lepas dah submit semua assignment, ( 5 subject do) terutama assignment BMW (Basic Method Writing), trust me bayak gila assignment ustaz Ma Zheng bagi, kena cari and rujuk lebih 10 buah buku. Susah weh ambik cours Arab ni, serious tapi aku tetap sayang bahasa Arab, taktau kenapa aku still nak stick dengan bahasa arab. Bukan BMW je Maharat Istima' pun lebih tahan banyak juga, kena berlakon dalam kelas 1 jam weh, percaya tak? I think in the future when I flashback all the memories, I wil never believe it that I've been through lot of things. Nasib baiklah Adab Nusus, Balaghah, CCT (Critical & Creative Thinking) tak banyak sangat, kalau tak memang mampus aku, But after all, I think I'm gonna miss all of this, and I'm gonna miss all of my lectures Ustazah Mazlina, Madam Adibah, Ustaz Ma Zheng, Ustaz Majid, & last one Ustaz Lukman (He's 23, sounds insane right cause I'm 20 & he lectures me?) :'D lot of thanks to 'em cause dah curah banyak llmu. Kalau ada jodoh, umur panjang harap boleh jumpa lagi.

with Ustaz Lukman 


    Second one, nak cerita pasal classmate, Honestly, masa mula masuk kelas tu aku tak kenal ramai, and I'm kind of susah nak get a long dengan orang yang aku baru kenal, Alhamdulillah, lepas dah lama sikit, dah boleh gurau-gurau dengan kawan-kawan, kira okay la tu kan? Dulu tak sabar sangat nak habis sem nih sebab banyak sangat kerja, tapi bila dah last last ni macam sedih pulak nak tinggal CFS. Serious sedih nak tinggal CFS. Apa yang buat aku sedih nak tinggal CFS? maybe because someone special? haha hmmm.. there's a lot of reasons. Sebab First sayang nak tinggal bangunan CFS, even kecil n and tak cantik mana :') haha aku tetap sayang, second kawan-kawan tak kira lah yang aku baru kenal or dah lama kenal semua sama je. Harap boleh jumpa lagi di UIA Gombak, even dah lain course, :'(. Third, of course I'll miss all of the lecturers, from sem 1 until fnal sem. Rommate aku yang aku dah anggap family, lagilah sedih nak berpisah dengan diorang, Muni and Mira. Dengan dioranglah aku mengadu menangis bergaduh bertumbuk bersweet-sweet :') kikiki. 


Group 503, Kalam Jamaie, kenangan


     Hmmmm sedih-sedih juga nak tinggalkan cfs, tapi.... I'm so excited nak balik rumah :D. nak peluk mak, ayah, adik-adik, nak buat kek ehehe. Thanks to all people that come to my life, tak kira yang stay or just singgah sebentar, sebab korang semualah yang banyak mengajar, pengalaman pahit manis. Mohon maaf atas segala kesilapan sama ada sengaja atau tak sengaja. 0-0 tau? if you miss me jangan lupa, contact je terus. Hmm bye-bye, pray for my final exam. Oh last one, semoga kita semua berjaya dapat result best, and berjaya dunia akhirah, aameen.