Monday 18 May 2015

Perancangan Cuti Semester, bye CFS IIUM.

بسم الله الرحمن الرحيم

      Assalamualaikum, hai orang yang tengah baca, yes you! haha, hmm thanks sebab sudi baca. Sekarang dah kat rumah :D, cuti sem pulok 3 bulan setengah. Best sebab boleh jumpa family, sedih sebab kena tinggalkan CFS IIUM. Kepada kawan aku yang tengah baca ni, rindunya korang even baru sehari berpisah. Oh, ye ada sorang ni dia cakap dia suka baca blog aku ni, thanks kawan:D. Padahal aku tulis benda merepek je . Back to the topic, cuti ni aku plan macam-macam, antaranya:_

1. Nak tolong family
2. Nak buat kek/biskut
3. Nak kerja
4. Nak buat bisness online
5. Nak buat duit
6. Nak belajar masak
7. Nak mantapkan bahasa Arab
8. Nak amek lesen

     Hehe, banyakkan. aku harap boleh buat semua ni, tak buat semua pun separuh pun jadilah. Adik-adik aku tahun ni semua exam, Firdaus (SPM), Nurin (PT3), Naim (UPSR), so kena la ajar diorang study. Semoga result baik ye adik-adikku :D. Pasal kek and biskut pulak, hmm tu dah jadi hobby aku tak boleh buat apa, haha. cadang nak buat crepe coklat dan biskut ala famous amos. Sedapnya lahai. Kerja pulak, mak ada cadangkan jadi guru KAFA. Aku jadi cikgu KAFA? haha.. sabar je anak murid. Harap dapat la kerja tu, bukan senang nak cari kerja sekarang ni. 

      Next, Bisness online. Aku dah lama teringin nak berbisness ni, lagi2 tengok roommate aku terlibat dalam bisness online, macam best je sambil boleh buat duit. Aku bercita-cita besar sebenarnya, angan-angan nak reka baju sendiri, cari kain, and then design sendiri, hehe. Dah tanya ayah, and alhamdulillah ayah sokong :D. Lepastu letak dekat mana-mana kedai or butik. Ya Allah bestnya kalau jadi kenyataan ^^. 

     Cuti ni juga, aku nak mantapkan bahasa arab aku, lagi-lagi Nahu dan Sarf, sebab kedua ni asas basic bahasa arab. Lagipun memang aku kena la belajar sebab InshaaAllah degree nanti nak sambung ambik arab pure, ntah dapat ntah tak sebab susah :( Lagi satu aku bimbang, sebab aku biasa-biasa je arabnya, mesti student lain yang amek pure arab tu semua kaw-kaw punya bahasa arab :'(. Doakan aku ea? 

     Memasak pulak, sudah menjadi kewajipan untuk orang perempuan belajar, KEWAJIPAN ye kawan-kawan haha, Last aku nak amek lesen, sebab susah kalau nak kerja ke apa ke tanpa lesen. Masalahnya..... aku takut!!!. Ya Allah engkau mudahkanlah ya Allah. Semua doakan ea, semoga impian aku ni jadi kenyataan, semoga cuti aku ni boleh dimanfaatkan sebelum sambung degree bulan 9 ni InshaaaAllah.

 Okay, setakat ini dulu, got to go. bye Assalamualaikum



NS




No comments:

Post a Comment