Wednesday 10 June 2015

Resepi Triple Chocolate Truffle Torte

السلام عليكم 

     Baru-baru ni aku ada buat Triple Chocolate Truffle Torte atau dalam bahasa melayunya coklat torte tiga lapis, sempena birthday adik bongsuku, Naim yang ke 12 tahun. Aku pilih untuk buat coklat ni sebab adik aku tu dia tak suka sangat kek tapi dia suka coklat so I choose to make him somethig that looks like cake tapi bukan kek. Resepi Triple Chocolate Truffle Torte ni aku amek dalam youtube je, hehe. Mudah dan simple. Tapi... family aku memang tak suka manis aku je yang terkecuali, adik makan, tapi dia tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak sebab manis katanya, hmm takpalah asal adik makan and still hargai usaha aku. Nama pun percubaan pertamakan, mestilah ada kurang sikit, lain kali kalau nak buat lagi, aku akan kurangkan rasa manis tu, mungkin aku akan gantikan cream manis tu dengan susu.


here the recipe, tapi ni resipi yang dalam youtube tu lah:

untuk base-
* 18-20 biskut oreo, 60g butter


untuk lapisan milk chocolate-
* 200g coklat Cadbury, 100 ml cream, 20g butter

untuk lapisan white chocolate-
* 200g white chocolate, 80ml cream, 15g butter

untuk lapisan plain coklat (topping)
* 200g plain chocolate, 150ml cream, 25g butter.

langkah-langkahnya:

1. Patah-patahkan biskut oreo, tumbuk hingga lumat, then gaul dengan butter yang telah dicairkan. kemudian ratakan dalam bekas, masukkan dalam peti sejuk.

2. Untuk lapisan milk coklat panaskan cream hingga mendidih, tutup api, masukkan coklat Cadbury kacau hingga cair, masukkan butter, kacau lagi, tuang adunan ke atas lapisan oreo and then masukkan ke dalam peti sejuk.

3. Untuk lapisan white chocolate pulak, panaskan cream hingga menididih, tutup api, masukkan white coklat, kacau hingga cair, then masukkan butter, bila butter dah sebati, tuang adunan tersebut ke atas lapisan milk coklat and then masukkan ke dalam peti sejuk semula,

4. Untuk topping, panaskan cream hingga didih, tutup api, masukkan plain chocolate, kacau hingga cair, masukkan butter,  kacau lagi then tuang adunan ke atas white chocolate layer.

5. Biar adunan di dalam peti sejuk semalaman.

Tara.. mudah je kan.. emm memang manis tapi aku suka. Bagi yang tak suka manis tu boleh gantikan cream dengan benda lain, susu maybe.

Hasil air tanganku huhu,



selamat mencuba. Assalamualaikum.