Tuesday 18 August 2015

Kisah Cuti Semester

Assalamualaikum,
malam ni tetiba rasa nak menaip, harini 18 haribulan Ogos 2015 means tinggal lagi dua minggu aku kena register masuk degree di Gombak. Perasaan? sedih, sangat sedih sebab kena berpisah dengan family, dah 3 bulan aku bertapa kat rumah menambah berat. Happy tu ada sikit, sebab nak rasa juga macam mana jadi student UIA Gombak. Serious talk tak sedia lagi mental nak ke situ, takut pun ada sebab aku ni nama je student BAR (Arab) tapi kalo nak dibandingkan aku dengan students BAR lain ibarat langit dengan bumi, bumi tu akulah. Paling lemah sekali Sarf, bayangkan masa belajar dengan ustaz dulu aku blur blur je Sarf ni, kalo cakap tak faham langsung tu tipulah kan, tapi Alhamdulillah taklah sampai kena repeat. Cuti ni ada la jugak ulang baca Sarf, nasib baik faham juga kalo idok taktau la. Mak pesan suruh study elok2 untuk degree ni, jangan dok cintan-cintun lagi hahahahaha... :X . Ayah pun selalu pesan kalo nak jadi lecturer kena maintan pointer, 3.00 ke atas, paling cokia kena dapat B untuk any subject. InshaaAllah aku akan cuba buang tabiat buruk aku yang selalu study last minute, yang selalu layan kdrama (elehhh macam uolls tak pernah buat), Tapi aku sedar sepemergian aku disana, kuranglah sikit pening kepala mak, ayah, adik-adik melayan kerenah aku yang selalu angin tak tentu pasal. Boleh tahan tension juga adik2 aku bila aku report kat mak yang depa tak belajar haha.

mak, Naim, aku

K, jom cerita pasal lain pulak. Cuti ni berat aku naik 3 kg!!! gilakan. dah nak dekat 50 dah berat aku T_T. Tension gila bila berat naik, harapnya pi Gombak nanti dapatlah turun berat, sebab kampus aku jauh dari asrama, so harapnya dengan jalan jauh boleh buang lemak2 tak diperlukan nihh. Mananya tak naik berat, aku tak kerja, selain buat kerja rumah kerja aku adalah makan. Kalo dekat CFS dulu bolehlah makan nasi segenggam, hmm balik rumah jangan harap! asyik nak makan >_< . Sebab-sebab berat naik:  mak masak sedap sangat, sebab aku selalu bake cake, sebab malas nak exercise (tapi sekarang dah start balik :P). Hmm tulah kisah cuti aku, taklah buang masa okay, aku buat juga kerja rumah, mengemas, membasuh, memasak (JARANG-JARANG), pendek kata aku kerja sebagai suri rumah, and cuti ni aku dah duduki MUET, macam mana?? so-so 50-50. Rasa lega bukan sebab confident boleh jawab tapi rasa lega sebab dah amek ujian tu.


Firdaus, Nurin, ayah.

(Ingat nak masukkan banyak lagi gambar, tapi phone masuk bengkel so takda banyak gambar :'( )

Nak flashback kejap masa amek MUET, aku exam dekat UITM Arau, tumpang tidur bilik kawan semalam, jangan tanya macam mana aku boleh masuk sana, semestinya, diseludup masuk haha. Thanks Ilah sebab bagi tumpang tidur, love you. Even sehari, dah cukup untuk lepas rindu kat kawan baik aku sorang ni. Paling aku nervous masa speaking test, ntah la macam mana resultnya nanti. Oh ya, cuti ni ada juga jumpa dengan kawan-kawan baik aku yang lain masa sekolah menengah, mira, sha, best gila bila boleh jumpa. Sepanjang cuti ni, aku belajar jangan ikut kepala sendiri, kena fikir orang lain juga, sebab nanti kita juga yang akan menyesal. Mak selalu tegur aku sebab aku ni boleh tahan kuat sentap jugak. Okay, sampai sini je idea aku nak menulis, bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment