Thursday 15 August 2013

Novel Tarbiah: Tuhan Lebih Saintifik

Assalamualaikum...
Entry kali ni nak share pasal satu novel ni, tajuknya Tuhan Lebih Saintifik karya Dr Farhan Hadi dan kata penghantar oleh Fatimah Syarha. Aku percaya yang ramai yang mengenali Fatimah Syarha, penulis muda yang makin meningkat naik.. actually Fatimah Syarha merupakan ex student UIA.

Okeylah, aku just nak share yang buku ni sangat best sebab bukan calang-calang orang boleh buat buku macam ni. Hanya orang yang berilmu tinggi je yang mampu mengarang buku bertemakan fakta agama dan jugak sains. Aku sarankan agar semua belilah buku ni sebagai bekalan untuk memantapkan lagi Iman di dada.


Aku beli buku ni di Coop Mart CFS IIUM dengan harga yang berpatutan iaitu RM 16 sahaja. Apa yang best pasal buku nie, kita boleh belajar macam mana nak berdebat dengan bukan Islam tentang kebenaran Islam. Contohnya saintis membuat kajian yang bumi dan planet-planet terjadi akibat letusan yang besar atau lebih dikenali sebagai Big Bang, di dalam novel ini tidak mengatakan yang teori ini salah malah saintis2 di dunia menerima baik teori tersebut. Allah terlebih dahulu menyatakan di dalam Al-Quran

"Dan apakah orang kafir tidak mengetahui 
bahawa langit dan bumi keduanya adalah suatu yang padu?
Kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari
 air kami jadikan sesuatu yang hidup. 
Maka mengapakah mereka tidak mahu beriman? 

Dalil ini menunjukkan yang sains tidak bercanggah dengan Al-Quran. Malah terbukti yang Islam adalah agama yang benar.Berdasarkan dalil AQ dia atas terbuktilah Allah yang menjadikan kita semua. Allah maha kuasa menjadikan setiap sesuatu dan Maha mengetahui.

Hmm... macam mana bestkan? so belilah hehe...
Assalamualaikum.... till meet on the next post ya!

No comments:

Post a Comment