Sunday 27 November 2011

Novel M.A.I.D

Dear my blog,

 I just bought a new novel > title : M.A.I.D by Suri Ryana

from the title..we know maid means orang gaji atau pembantu rumah..
but pembantu rumah nie lain skit.. bukan dari Indonesia, Bangladesh, or Myanmar
but from our own coutry,  Malaysia, or org Melayu..
Sebelum nie.. aq bkannya seorg yg kaki novel sgt..
tapi bila da baca novel nie.. terus bertukar hobi aq.. jdi seorg yg kaki novel :)
mmg tabik la dgn kak Suri Ryana.. congrate kak,  sbb dpt hasilkan novel yg best sgt :D

Novel ini menceritakan tentang seorang perempuan yang bernama Noorul, dia telah dibantu oleh kawan baiknya, Iman untuk mencari kerja demi menyara keluarganya di kampung. Noorul seorang yang tidak kisah kerja apa pun janji kerja itu daripada sumber yang halal. Nasib telah menyebelahi dirinya, dia telah diterima bekerja sebagai pembantu di sebuah penthouse. Tetapi agak malang sedikit dia telah mendapat bos yang sangat cerewet sehingga Noorul menggelar bosnya sebagai Mr. Fussy> cerewet tetapi handsome mcm hero korea he3... byk knangan sedih, gembira, lucu spjg dia bekerja dgn Mr. Fussy.
Tetapi jgn salah faham, Noorul hanya bekerja di rumah Mr. Fussy or his real name Mr. Harris dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 ptg so masa Noorul bekerja di rumah Mr.F dia tiada di rumah. Mr. F sangat cerewet, ada sahaja kesalahan Noorul yang dicari. Dalam diam, Noorul ada menaruh perasaan terhadap bosnya. Tetapi dia tidak tahu bagaimna perasaan Mr. F terhadapnya, Ia lah.. Noorul merasakan perbezaan antara mereka bagai langit dan bumi tapi siapa tahu jodohkan di tangan Tuhan. Mr. F seorang jurutera dan dibesarkan dalam suasana kemewahan manakala Noorul pula seorang gadis biasa dari keluarga yang sederhana. Bukan Noorul malas belajar dahulu, tetapi oleh faktor kewangan Noorul harus menolong ibunya mencari nafkah oleh sebab itu, keputusan SPMnya hanya cukup2 makan sahaja. Fitnah yang melanda telah menyebabkan Noorul dan Harris terpaksa disatukan. Bermulalah kisah baru dalam hidup Noorul... bagaimana selanjutnya.. kna la mendapatkan buku ini sendiri di kedai buku berhampiran.


M.A.I.D



sincerely,
Kaki novel

No comments:

Post a Comment