Wednesday 14 December 2011

Muhammad Rasulallah

Sabda Rasulallah:

 *Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh

                   
 *Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
   memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki
   mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
                              
                        
                       
 *Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang
   sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni spt perempuan zina

                     
   *Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya
    dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan
     memberi ketenangan kepada kamu.

 *Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air
    malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana
   ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).


 *Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w                  pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: 
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). 
Kesimpulan Hadis: 
1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 
2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan. 

No comments:

Post a Comment